Breaking News

Tragedi Double Six 1976, kekal rahsia sejarah hitam bagi Sabah

6hb Jun 1976, telah berlaku satu kemalangan kapal terbang di Sabah yang telah mengorbankan nyawa ketua menteri dan beberapa orang kenamaan. Peristiwa ini dikenali sebagai Tragedi Double Six dan kekal misteri sehingga kini...


  

Selepas lebih empat dekad lamanya, sesetengah daripada penduduk Sabah masih mengingati perasaan saat mendengar berita tersebut dan sehingga kini masih tertanya-tanya punca sebenar disebalik tragedi ini.

Artikel Penuh: https://www.urangsabah.com/sejarah-hitam-tragedi-double-six-1976-kekal-rahsia.html
© urangsabah.com
Setelah sekian lama, sesetengah daripada penduduk Sabah masih mengingati peristiwa tersebut dan sehingga kini masih tertanya-tanya punca sebenar disebalik tragedi ini.
Kapal terbang yang dikatakan berlepas dari Labuan itu telah jatuh dan terhempas di daerah Sembulan ketika menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Nahas itu telah membunuh kesemua penumpang yang berada dalam pesawat terbabit, termasuklah Tun Fuad Stephens yang merupakan Ketua menteri Sabah pada ketika itu. Manakala penumpang lain yang berada dalam penerbangan tersebut ialah Menteri Datuk Salleh Sulong, Datuk Peter Mojuntin, Chong Thien Vun, dan penolong menteri Darius Binion. Turut terkorban Setiausaha Kementerian Kewangan Sabah Datuk Wahid Peter Andau, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sabah Dr. Syed Hussein Wafa, Isak Atan (Setiausaha Sulit kepada Tengku Razaleigh Hamzah), Koperal Said Mohammad (pengawal peribadi kepada Tun Fuad Stephens), dan anak sulung Tun Fuad, Johari Stephens. 

Punca sebenar disebalik kemalangan itu masih tidak diketahui. Selepas kemalangan, terdapat dakwaan bahawa kemalangan tersebut merupakan perbuatan khianat kerana keadaan politik ketika itu tidak menentu.



Berdasarkan laporan, pesawat itu tidak menghadapi sebarang masalah teknikal dan cuaca pada hari tersebut sangat baik sewaktu pesawat berlepas dari Pulau Labuan, begitu juga dengan keadaan cuaca di Kota Kinabalu.

Berikut merupakan persoalan yang berpaksikan kepada sebuah persepsi yang masih kekal menjadi persoalan yang tiada jawapan sehingga kini. Rombongan ini dalam perjalanan ke Kota Kinabalu untuk menandatangani perjanjian 10% hasil minyak akan diberikan kepada kerajaan Sabah dan Serawak. Sebelum menaiki pesawat tersebut, Tun Fuad ada menyatakan bahawa jumlah 10% adalah terlalu kecil dan ada yang mengatakan berkemungkinan Tun Fuad tidak bersetuju dengan jumlah tersebut.


YM Tengku Razaleigh Hamzah yang sepatutnya menaiki kapal terbang yang sama tetapi pada saat-saat akhir telah di ajak turun daripada pesawat tersebut oleh Timbalan Ketua Menteri pada masa itu iaitu Datuk Harris Mohd Salleh untuk merasmikan projek ladang lembu di Pulau Bangi, Kudat.


YM Tengku Razaleigh Hamzah telah pun duduk bersama rombongan lain di dalam pesawat tersebut, tetapi pada saat-saat akhir Datuk Harris (Ketua Menteri Sabah selepas kematian Tun Fuad) mengajak beliau turun dari pesawat tersebut dengan alaan ingin menjemput beliau merasmikan Kandang Lebu di Kudat. Sedangkan ketika itu Tengku Razaleigh dalam perjalanan untuk melihat sejarah besar negara iaitu sesuatu yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia Perkara-20. Tetapi beliau lebih memilih untuk melawat kandang lembu di saat-saat akhir? 


Selain itu, punca kemalangan dikatakan pesawat Nomad tersebut melebihi muatan. Sepatutnya empat penumpang sahaja tetapi telah dinaiki oleh 11 orang, juruterbang gagal menaikkan sayap pesawat untuk diselaraskan dengan tekanan minyak dan akhirnya menyebabkan kemalangan. Jika difikirkan secara logik kenapa golongan VIP ini sanggup bersesak dalam satu pesawat. Kenapa tidak menggunakan dua pesawat atau yang lebih besar?





kredit
urangsabah.com
Selepas lebih empat dekad lamanya, sesetengah daripada penduduk Sabah masih mengingati perasaan saat mendengar berita tersebut dan sehingga kini masih tertanya-tanya punca sebenar disebalik tragedi ini.

Artikel Penuh: https://www.urangsabah.com/sejarah-hitam-tragedi-double-six-1976-kekal-rahsia.html
© urangsabah.com

No comments