Breaking News

Pencipta "barcode" sudah meninggal...



MIAMI - Pencipta kod bar, seorang bekas Jurutera dari Amerika Syarikat, George J Laurer telah meninggal dunia pada usia 94 tahun.
Bekas kakitangan syarikat komputer IBM itu meninggal dunia minggu lalu dan dikebumikan di kampung halamannya di Wandell, North California kelmarin. Hasil ciptaannya itu telah berjaya
membantu mengubah dunia peruncitan pada tahun 1970-an.

Laurer diiktiraf sebagai pencipta bersama Kod Produk Universal (UPC) atau kod bar yang boleh mengimbas jutaan produk, perkhidmatan dan barangan lain.

Bermula pada tahun 1969, Laurer menjadi jurutera dan saintis kanan IBM di Raleigh.
Empat tahun kemudian, pada 1973 Laurer terus mempelopori pembangunan simbol UPC dan menjadi revolusi pada hampir setiap industri di dunia, menurut penghargaan yang dimuat naik di laman web IBM.
Seorang lagi kakitangan IBM, Norman Woodland yang meninggal dunia pada 2012 dianggap sebagai perintis idea kod bar berdasarkan kod Morse.
Woodland mempatenkan konsep tersebut pada tahun 1952 namun tidak dapat dibangunkan kerana teknologi laser dan komputer masih mundur.
Selepas 20 tahun kemudian, barulah Laurer berjaya membangunkan pengimbas yang boleh membaca kod secara digital dan p
ada tahun 1973, IBM melancarkan produk itu. Dan akhirnya urus niaga kod bar pertama berlaku pada 26 Jun tahun berikutnya di sebuah pasar raya di Troy, Ohio.
Produk pertama diimbas adalah sebungkus gula-gula getah Juicy Fruit Wrigley yang kini dipamerkan di National Museum of American History di Washington. - AFP

No comments