Breaking News

5 Lokasi yang dilaknat oleh Allah dan hukum melawatinya

Didalam dunia ini terdapat 5 lokasi yang pernah dilaknat oleh Allah SWT kerana beberapa sebab. Apakah lokasi-lokasi tersebut?


Madain Saleh (Hegra) di Kota Al Ula, Arab Saudi



Sebuah kota kuno yang terletak di wilayah utara Hijaz. Pada suatu masa dulu, tempat ini dihuni oleh kaum Tsamud iaitu kaum Nabi Saleh a.s. Mereka dianggarkan hidup sejak 3,000 tahun sebelum Masihi di antara zaman Nabi Nuh AS hingga ke zaman Nabi Musa AS.

Satu kejadian gempa bumi yang dahsyat telah berlaku. Kaum Tsamud diazab dan dibinasakan kerana mendustakan nabi dan membunuh unta Nabi Saleh a.s.

Firman Allah SWT:

“Dan orang-orang yang zalim itu dibinasakan oleh satu letusan suara yang menggempakan bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat tinggal masing-masing.”

(Surah Hud, ayat 67)

Tapak ini telah digazetkan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO pada 2008


Negeri Kaum Ad

Di suatu tempat bernama Al-Ahqaf yang terletak di utara Hadramaut antara Yaman dan Oman, ada Kaum Ad hidup di jazirah Arab, Mereka adalah kaum yang menyembah berhala bernama Shamud, Shada dan al-Haba.

Dalam sejarah, terdapat dua kaum Aad. Kaum Ad awal atau pertama dan kaum ‘Ad akhir atau kedua. Nabi Hud diutus pada kaum Aad awal.

Kaum Ad dibinasakan oleh Allah SWT disebabkan kekufuran mereka dan tidak pernah merasa puas dengan segala kemewahan dan kemegahan yang mereka peroleh.

Allah SWT berfirman:

“Maka (masing-masing menerima azab dunianya) – adapun Thamud (kaum Nabi Soleh), maka mereka telah dibinasakan dengan (petir) yang melampau dahsyatnya. Adapun Aad (kaum Nabi Hud), maka mereka dibinasakan dengan angin ribut yang kencang, yang melampau kencangnya, yang diarahkannya menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus-menerus; (kalaulah engkau menyaksikannya) maka engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati, seolah-olah mereka batang-batang pohon kurma yang (tumbang dan) lompang.”


Laut Mati (Dead Sea) atau Kota Sodom


Kerana melakukan perbuatan keji seperti merompak, mencuri serta melakukan seks dengan jantina sejenis iaitu homoseksual, 
Kaum Nabi Luth A.S dihancurkan. Walapun sudah diingatkan oleh  nabi Luth namun umatnya tidak mahu menuruti perintah Allah SWT hinggakan ditimpa azab yang sangat pedih.

Lokasi umat Nabi Luth A.S ini adalah di Kota Sodom iaitu di daerah yang sekarang dikenali dengan nama Laut Mati, di sempadan antara Israel dan Jordan. Ini berdasarkan penerangan cendekiawan Islam.

Ahli arkeologi turut menyatakan sekitar 1,800 hingga 2,350 Sebelum Masihi, terdapat kehidupan di tempat berkenaan dan kehidupan itu mati akibat gempa bumi dan ditimpa dengan batu-batu.


Laut Merah atau Laut Kulzum



Laut Merah terletak di Lautan Hindi, di antara benua Afrika dan Asia yang berada di utaranya Semenanjung Sinai, Teluk Aqabah dan Terusan Suez.

Siapa yang tidak tahu tentang kisah Firaun? Firaun dan tenteranya diazab Allah SWT dengan cara ditenggelamkan di Laut Merah. Laut Merah menjadi bukti Allah SWT Maha Berkuasa dan saksi kekuasaan-Nya menyelamatkan Musa dari pasukan Firaun yang merupakan raja dzalim.

Beberapa penemuan sejarah membuktikan ayat al-Quran bahawa ia adalah lokasi Firaun tenggelam bersama tenteranya ketika memburu Nabi Musa AS.


Kota Pompeii, Itali



Kota Pompeii terletak di sebelah timur Gunung Vesuvius, Kota Naples, Itali. Kota yang didirikan sekitar abad ketujuh atau keenam sebelum Masihi oleh kaum Osci atau Oscan iaitu suatu kelompok masyarakat di tengah Itali.

Kehancuran kota Pompeii berlaku secara tiba-tiba tanpa disedari masyarakat tersebut, selepas terjadinya letusan gunung Vesuvius. Ini kerana masyarakat Pompeii menjadikan kota itu sebagai kota pelacuran dan aktiviti seks bebas.

Sehingga kini boleh dilihat, penemuan tubuh manusia yang menjadi batu itu berada dalam posisi seperti sedang melakukan persetubuhan termasuk liwat.

Situasi ini tidak mustahil berlaku kerana dalam al-Quran banyak firman Allah SWT mengenai bencana yang berlaku secara tiba-tiba terhadap kaum dulu kala yang melakukan kezaliman. Antaranya, menerusi surah Yaasin ayat 29, Allah berfirman:

“(Kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan dengan satu pekikan (yang dahsyat), maka dengan serta merta mereka semua sunyi-sepi tidak hidup lagi.”

(Surah Yaasin Ayat : 29)

Apakah hukum melawati lokasi tersebut? 

Hukumnya adalah makruh dan perlulah kita menjauhinya. Ini berdasarkan pandangan beberapa ulama.




No comments