Breaking News

Kereta-kereta termahal sekitar tahun 2017

Berikut adalah beberapa buah kereta termahal didunia yang dicatatkan pada tahun 2017. 


Koenigsegg CCXR Trevita

 
 

Kereta yang beharga sekitar  US4.8 juta dan mempunyai salutan berlian sebenar. Sentuhan cat pada badannya turut diresapi dengan debu-debu berlian. Dengan kilauan mewah, ia mempunyai tangki 4.8 liter dengan enjin 1,004 kuasa kuda.


Lamborghini Veneno

Kereta ini dihasilkan sempena perayaan ulang tahun ke-50 syarikat itu. Menariknya, ia adalah bahasa Sepanyol yang bermaksud racun sesuai dengan bentuknya yang mengancam. Beharga sekitar US4.5 juta dan kelihatan menarik dari setiap sudut. Seperti sebuah UFO yang meninjau di planet ini.



W Motors Lykan Hypersport

Kereta yang pernah muncul di dalam filem Furious 7. Lampu depannya dilapisi dengan permata dan mempunyai pintu gunting. Berkuasa 770 kuasa kuda dan beratnya 708 kg. Mencapai kelajuan dari 0 hingga 62 mph dalam 2.8 saat sahaja dan kereta beharga US3.4 juta ini juga digunakan oleh pasukan polis Abu Dhabi untuk tugas rondaan.

 

Bugatti Veyron

Selain harganya sekitar US3.4 juta, ia juga merupakan salah satu kereta terpantas di dunia. Ia mempunyai badan gentian karbon yang memikat dengan lampu LED yang menarik. Dengan bahagian dalaman yang diubahsuai dan gril depan direka bentuk semula, ia didatangani dengan kuasa 1,200 hp di jalan raya. 

 

Ferrari Pininfarina Sergio

Ferrari Sergio beharga sekitar $ 3 juta dan hanya enam buah yang pernah dihasilkan. Pada dasarnya ia adalah versi yang direkabentuk semula daripada model Ferrari 458 Spider. Dengan badan yang baru, ia memberikan 562 hp dengan 4.5 liter V8 dan berat sekitar 458 kg.


 

 

 

 

No comments