Breaking News

Akihiko Kondo, lelaki jepun kahwin dengan wanita hologram

Crazy in love? Itu yang boleh dikatakan berlaku pada seorang lelaki Jepun bernama Akihiko Kondo. Ini kerana Akihiko telah berkahwin dengan seorang wanita hologram. Pengantin perempuan merupakan seorang penyanyi VR (virtual reality) yang bernama Hatsune Miku, remaja berusia 16 tahun yang memiliki mata sepet dan rambut panjang berwarna hijau laut.

Disebabkan perkahwinan yang pelik itu, tiada seorang pun saudara-mara yang hadir di majlis perkahwinannya itu, termasuklah ibu kandungnya sendiri.
Tetapi Akihiko tetap membuat majlis perkahwinan yang berharga 2 juta Yen, berlangsung di dewan rasmi di Tokyo. Sekitar 40 tetamu datang untuk meraikan majlis tersebut.Miku hadir didalam bentuk anak patung dalam ukuran kucing.
Sementara itu, sejak Mac lalu, Kondo tinggal bersama hologram Miku yang boleh bercakap menerusi peranti komputer berharga AS$2,800 (RM11,684).


Setiap malam, Akihiko akan tidur bersebelahan dengan patung Miku yang lengkap dengan cincin perkahwinan. 


  “Saya tidak akan curang kepadanya (Miku). Saya akan sentiasa menyayangi Miku-san. Saya memikirkannya setiap hari,” katanya kepada AFP seminggu selepas majlis perkahwinannya.

No comments