Breaking News

Mat Redho, juara NCLFINALS2018





Mohd Redha Rozlan, bekas juara Fear Factor Malaysia telah mencipta sensasi di bumi Australia apabila menjuarai Liga Cabaran Ninja 2018 (NCL) selepas menewaskan 95 peserta lain.

Mohd Redha atau lebih dikenali sebagai Mat Redho dipilih sebagai juara selepas mengungguli pentas akhir dengan melepasi semua halangan dalam tempoh 5 minit 13.09 saat (s).
Walaupun sekadar menduduki tempat kelapan pada peringkat kedua, pakar teknologi maklumat berusia 30 tahun itu jauh mengatasi pemenang tempat kedua Jake Murray dengan perbezaan masa 10s.
Lebih membanggakan, Mat Redho menjadi satu-satunya peserta yang berjaya menghabiskan semua rintangan di pentas akhir sekali gus melayakkan dia memenangi anugerah 'Last Man Standing' ketika Murray gagal menghabiskannya.



Mat Redho hadir ke sana hanya ditemani isteri dan anaknya yang menjadi sumber kekuatan buatnya untuk mengatasi perasaan gemuruh.
Malah, pengorbanannya itu nyata berbaloi apatah lagi selepas membelanjakan wang sendiri untuk ke kejohanan berkenaan.
NCL menyediakan tiga peringkat yang berbeza dari segi tahap kesukaran, manakala peserta perlu melepasi semua peringkat sebelum layak ke final.




No comments