Breaking News

Konsert Guns N Roses di Kuala Lumpur



Bagi peminat-peminat kumpulan Guns N Roses, ada berita gembira buat anda kerana kumpulan ini bakal mengadakan konsertnya di Kuala Lumpur. Selain dari Kuala Lumpur, siri jelajah "Not In This Lifetime Tour 2018" turut akan diadakan di beberapa tempat lain seperti Indonesia, Filipina, Taiwan dan Hong Kong. Di Kuala Lumpur, ia dijangkakan berlangsung pada 14 Novermber 2018, bertempat di Surf Beach Sunway Lagoon. 

Sebelum ini Gun N Roses pernah mengadakan konsert di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 2013, namun konsert kali ini paling dinantikan kerana ia menggabungkan kembali tiga anggota asal paling popular iaitu Axl Rose (penyanyi), Slash (gitar) dan Duff McKagan (bass). Ketika konsert di SIC itu, hanya Axl Rose tampil sebagai anggota asal. Peminat Guns N Roses pasti tahu perselisihan faham antara Axl Rose dan Slash yang berkurun lamanya telah berakhir sekitar tahun 2015 dan Slash kembali menyertai Guns N Roses.

Not In This Lifetime Tour telah bermula di Los Angeles pada 1 April 2016. Sehingga hari ini, sebanyak 150 konsert sudah diadakan di Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah, Asia, Australia dan New Zealand.Konsert jelajah ini diiktiraf sebagai antara paling berjaya sepanjang zaman apabila mencatat keuntungan lebih USD480 juta (RM1.91 bilion) sehingga Disember tahun lalu.

Guns N Roses ditubuhkan pada 1985 serta popular menerusi lagu seperti Sweet Child O Mine, Welcome To The Jungle, Don't Cry, You Could Be Mine dan Patience sudah menghasilkan enam studio album yang keseluruhannya dijual lebih 100 juta unit di seluruh dunia.

 

No comments