Breaking News

Singapore Airlines terbaik di dunia, 2018

Singapore Airlines (SIA) telah merampas kembali kedudukan sebagai syarikat penerbangan terbaik di dunia dalam anugerah Skytrax's 2018 World Airline Awards, lapor Channel NewsAsia (CNA).
Sebelum ini SIA pernah berada di tangga pertama pada 2008. Untuk tahun lalu 2017, Qatar Airways berada di tempat teratas, namun tahun ini Qatar Airways telah jatuh ke tempat kedua dan syarikat penerbangan Jepun, ANA berada di tempat ketiga.
SIA telah menunjukkan peningkatan ranking sejak beberapa tahun yang lalu dimana ia berada di tempat ketiga pada 2016 dan tempat kedua pada 2017.
Syarikat penerbangan Singapura itu turut memenangi kedudukan teratas untuk tiga kategori lain termasuk syarikat penerbangan terbaik di Asia, kelas pertama penerbangan terbaik dunia dan kerusi kelas pertama terbaik dunia.
 









No comments