Breaking News

Misteri bebola api diudara Colombia

OCANA, Colombia – Satu rakaman video yang dirakam oleh penduduk tempatan menunjukkan satu bebola api misteri muncul di udara bandar ini selama beberapa minit baru-baru ini. Bola cahaya aneh berwarna jingga itu dirakam perlahan-lahan pudar sebelum hilang sepenuhnya. Saksi berkata, cahaya itu hilang semasa bergerak di kawasan kejiranan Aguas Claras. Pihak berkuasa dan penduduk Colombia masih keliru apakah cahaya tersebut, demikian menurut media tempatan. Ramai penduduk merakam fenomena aneh itu dan beberapa rakaman video menjadi tular di media sosial. Rata-rata penduduk mendakwa cahaya aneh tersebut sebuah kapal angkasa makhluk asing yang cuba mendarat di Bumi.

No comments