Breaking News

Skrunda-1, bandar rahsia tentera Russia yang kini menjadi bandar hantu

Skrunda-1, asalnya merupakan bandar rahsia kepunyaan kesatuan Soviet union (Russia) yang menempatkan radar berkuasa tinggi ketika era perang dingin dulu. Terletak 5km ke utara Skrunda di Ranki parish, Latvia. 
Skrunda ini penting kerana radarnya boleh merangkumi sehingga ke barat Eropah. Ini merupakan satu ancaman kepada pihak barat. Selain menempatkan pengkalan tentera ia juga mengandungi kompleks perumahan, sekolah, kilang-kilang dan sebagainya.
Semasa era keruntuhan kesatuan Soviet union sekitar tahun 1991, bandar ini mula dipinggirkan. Tentera-tentera Russia mula meninggalkan Skruda secara sikit demi sedikit dan akhirnya pada 1998 tentera Russia telah mengosongkan sepenuhnya apabila Russia menarik balik tenteranya keluar dari Latvia yang berpisah dengan Kesatuan Soviet union.













 




No comments