Breaking News

Lima agama kuno dari timur tengah yang masih wujud

Shabakisme


Agama ini di Utara Iraq. Kitab-kitab agama ditulis didalam bahasa Turki, penganut agama mengamalkan amalan seperti Kristian dan membuat jemaah haji ke tapak suci agama Yazidi dan Muslim. Asalnya agama ini masih misteri, ada yang mengatakan bahawa Shabak adalah keturunan Qizilbash, tentera Syiah pada abad ke-13, ada yang percaya Shabak berasal dari Anatolia (Turki).


Samaritanisme


 

Agama yang dipegang oleh orang Samaria yang tinggal di Gunung Gerizim, terletak di pinggiran Jerusalem. Buku suci Agama Samaritanisme adalah Taurat Samaria, Anggaran awal pengikut agama mencapai ini 3 juta orang dan sehingga kini terdapat sekitar 1,000 sahaja akibat kematian dan perkawinan di luar agama (penukaran).


Yarsanisme


Penganut agama ini yang dipanggil Yarsani (dipanggil Kakai di Iraq) adalah kumpulan rahsia yang ditubuhkan pada abad ke-14 di Iran. Yarsanis menganggap Matahari dan Api sebagai suci. Penganut-penganut agama ini juga mempunyai tradisi istimewa yang berterusan sehingga sekarang bahawa lelaki perlu membesar dan mengekalkan misai mereka.



Druze
  

Agama ini percaya pada kelahiran semula, bahawa mereka akan dilahirkan semula selepas kematian. Penganut agama ini juga mengagumi ahli falsafah seperti Aristotle dan Plato, serta Jesus dan Muhammad. Komuniti Druze yang berasal dari Mesir kini telah tersebar di Israel, Jordan, Lubnan dan Syria.


Mandeanisme


Muncul pada abad ketiga, Mandeanisme adalah agama rahsia di Iraq. Agama ini menyembah Yohanes Pembaptis dan tokoh-tokoh Alkitab lain seperti Adam, Abel dan Nuh. Mandanisme berdoa sambil menghadap Bintang Utara, mereka juga menyukai kedamaian dan berpegang kepada keyakinan bahawa hanya tuhan mempunyai hak untuk mengambil nyawa seseorang.



No comments