Malaysia serah rangka 27 askar New Zealand
Pada 20hb Ogos 2018 lalu, Malaysia secara rasmi telah menyerahkan
rangka 27 askar New Zealand untuk dibawa pulang ke kampung halaman mereka selepas 63
tahun bersemadi di negara ini. Turut
dihantar pulang ialah rangka seorang bayi, anak kepada seorang askar
Kiwi yang terkorban.
Upacara penyerahan dilakukan oleh Angkatan Tentera Malaysia yang berlangsung di Kompleks
Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Upacara itu juga sebagai menandakan berakhirnya operasi kerajaan New Zealand, Te Auraki, yang bermaksud Kepulangan ke Maori.
Upacara
itu bermula dengan 27 van membawa keranda memasuki landasan sebelum
keranda yang ditutup dengan bendera New Zealand dibawa keluar dari van
oleh pengusung keranda dari anggota Angkatan Tentera Malaysia.
Ini
diikuti dengan majlis menandatangani penyerahan rasmi sijil 27
tentera/rakyat New Zealand oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan
Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Panglima Angkatan Tentera New Zealand,
Mejar Jen. Peter Kelly, dengan disaksikan oleh Menteri Pertahanan
Malaysia, Mohamad Sabu.
Kemudian, pembawa pengusung dari Angkatan Pertahanan
New Zealand menyambut keranda berkenaan dan meletakkannya ke dalam
pesawat Air New Zdealand.
Selepas
keranda terakhir ditempatkan ke dalam pesawat berkenaan, lagu Last Post
dimainkan oleh Angkatan Tentera Malaysia manakala bendera New Zealand
di Kompleks Bunga Raya diturunkan.
Zulkifli kemudian menyerahkan bendera New Zealand itu kepada Kelly.
Askar New Zealand berkenaan meninggal antara 1955 hingga 1971 semasa mereka berkhidmat di bawah Briged Infantri Komanwel 28.
Askar
berkenaan membantu Malaysia untuk berhadapan pelbagai ancaman termasuk
Darurat, Konfrantasi Malaysia-Indonesia dan meronda sempadan
Malaysia-Thailand.
Mengikut
laporan awal media, kerajaan New Zealand pada April tahun lepas membuka
tawaran kepada keluarga anggota dan pegawai tentera yang disemadikan di
luar negara sejak 1 Januari, 1955, untuk rangka askar berkenaan dibawa
pulang pada perbelanjaan orang awam.
Operasi Te Auraki di Malaysia bermula pada 4 Julai.
Sebanyak
27 rangka digali keluar dari tiga tempat Perkuburan Perang Komanwel
(CWG) – tujuh dari CWG Taiping, 16 dari CWG Kem Terendak di Melaka dan
empat dari CWG Cheras termasuk rangka bayi berkenaan.
No comments