Kehebatan seorang "Photographic Memory"
Stephen Wiltshire dilahirkan pada tahun
1974 di London. Dia terkenal dengan keupayaannya untuk mengingati gambar sesuatu landskap dengan hanya melihatnya sekali sahaja, Kemudian menterjemahkannya kedalam bentuk lukisan.
Stephen dilahirkan bisu dan
didiagnosis dengan autistik.
Pada usia lima tahun dia menyatakan
minatnya dalam lukisan. Apabila dia berumur sembilan tahun, dia
mengucapkan perkataan pertama sebagai "kertas" sebagai jawapan kepada
gurunya yang mengambil bahan lukisannya.
Dari zaman muda Stephen terpesona
dengan lakaran bangunan mercu tanda. Semasa melukis dia telah menemui bakatnya
yang luar biasa itu, iaitu artis yang mempunyai memori fotografi yang sempurna. Dia dapat menghafal kaki langit dari mana-mana
bandar dan mengeluarkannya dengan butiran dan ketepatan yang luar biasa.
Stephen
ada menghasilkan lukisan empat batu persegi kota London dan juga landskap dari kota-kota yang lain seperti New York, Rom, Dubai,
Hong Kong, Madrid, Frankfurt
dan Singapura hanya di atas kanvas raksasa.
No comments