Breaking News

Pertama di dunia, keretapi hidrogen


Kereta api pertama dunia berkuasa hidrogen, telah dilancarkan di Jerman. Ia memberi cabaran kepada tren menggunakan diesel yang mencemarkan alam sekitar. Teknologi baru ini agak mahal namun ia lebih mesra alam.
Coradia iLint, keretapi bewarna biru terang dibina oleh pembuat tren TGV Perancis, Alstom, memulakan laluan sepanjang 100 kilometer antara pekan dan bandar di Cuxhaven, Bremerhaven.

“Kereta api hidrogen pertama dunia memasuki perkhidmatan komersial dan bersedia untuk pengeluaran selanjutnya,” kata Ketua Eksekutif Alstom, Henri Poupart-Lafarge dalam satu upacara di sini, stesen di mana kereta api itu diisi dengan hidrogen.
Kereta api Coradia iLint itu boleh bergerak sejauh 1,000 kilometer menggunakan tangki hidrogen tunggal, sama dengan jenis kereta api diesel.

Kereta api hidrogen dilengkapi sel bahan api yang menghasilkan tenaga elektrik menerusi gabungan hidrogen dan oksigen, proses yang melepaskan wap dan air sebagai pelepasan tunggal.
Tenaga berlebihan disimpan dalam bateri litium ion di dalam kereta api.

No comments