Breaking News

Canggihnya teknologi.. Pertemuan Seorang Ibu Dengan Mendiang Anaknya Melalui VR





Pada tahun 2016, anak perempuan Jang Ji-sung berusia tujuh tahun,
Nayeon, meninggal dunia akibat penyakit yang tidak dapat diubati. 3
tahun kemudian, ibu dari Korea Selatan itu bertemu semula dengan Nayeon,
dalam dunia maya yang dihasilkan untuk dokumentari TV.



Munhwa Broadcasting Corporation berkongsi klip dari dokumentari khas,
berjudul "I Met You," di laman YouTubenya, dengan potongan rakaman
antara "dunia nyata" dan maya.




Dalam babak pertama,, Jang berdiri di hadapan skrin hijau besar sambil
memakai alat dengar VR dan apa yang kelihatan seperti sarung tangan
haptik.



Dalam babak terakhir, dia dan anak perempuannya bercakap, berpegang
tangan, dan juga meraikan pesta ulang tahun lengkap dengan kek yang
dinyalakan lilin.



Seperti yang anda boleh jangkakan, pertemuan semula menggunakan VR itu tersangat beremosi.



Jang kelihatan mula menangis sebaik sahaja dia melihat Nayeon maya,
sementara seluruh ahli keluarga termasuklah bapa, abang, dan kakak
Nayeon menyaksikan pertemuan semula itu dengan ekspresi muram dan air
mata mengalir.



"Mungkin ia adalah syurga sebenar. Saya bertemu dengan Nayeon, yang
memanggil saya dengan senyuman untuk tempoh yang singkat, tetapi ia masa
yang sangat menggembirakan. Saya rasa saya sudah alami mimpin yang saya
sangat inginkan," kata Jang Ji-sung.

Menurut Aju Business Daily, pasukan produksi menghabiskan lapan bulan untuk projek itu.

 

No comments