Breaking News

Rekod dunia 100 m milik Usain Bolt dipecahkan oleh pekerja binaan



Seorang pekerja binaan dari India dilaporkan berjaya memecahkan rekod dunia 100 meter milik Usain Bolt dengan dibantu oleh dua kerbau.
Pekerja yang bernama Srinivasa Gowda dari Karnataka, India dipanggil untuk sesi percubaan bersama skuad olahraga negara itu selepas dia mencatat kepantasan 9.55 saat (s).
Rekod larian 100 meter sebelum ini dipegang oleh Bolt apabila berjaya menamatkan larian 100m dengan masa 9.58s.Tetapi orang ramai di India mula percaya bahawa Gowda sudah memecahkan rekod milik legenda Jamaica itu.

Masa yang dibuat oleh Gowda yang berusia 28 tahun ketika ia mengambil bahagian dalam acara larian bersama dua kerbau bagi jarak 142m di atas kawasan tanah padi di Kambala.
Dia menewaskan pencabarnya dengan menamatkan larian sejauh 145m hanya dalam tempoh 13.62s.
Tetapi apa yang mengejutkan, catatan masa menunjukkan dia tiba pada 100m pertama dengan masa 9.55s - yang mana 0.03s lebih pantas daripada rekod dunia Bolt.

Menteri Sukan India, Kiren Rijiu berkongsi gambar Gowda ketika beraksi dalam larian berkenaan sambil memberitahu sedia memberikan jurulatih terbaik di India untuk melatihnya.

No comments