Breaking News

Gol ala jengking Valentino Lazaro calon Puskas

 

LONDON: Valentino Lazaro berjaya menjaringkan gol dengan sepakan ala kala jengking! Jaringan ini dijangka akan meletakkan dia sebagai calon bagi bersaing merebut anugerah Puskas FIFA. Pemain versatil berusia 24 tahun itu meledak gol dengan penuh bergaya ala kala jengking- gol yang pertamanya sejak dipinjamkan daripada Inter Milan ke Borussia Monchengladbach . 

Ketika pasukannya ketinggalan 2-4 di tangan Bayer Leverkusen pada waktu kecederaan, Patrick Herrmann melakukan hantaran lintang dari sebelah kanan.

Matthias Ginter cuba untuk menyudahkan hantaran itu tetapi gagal menanduknya sekali gus membolehkan Lazaro melakukan sepakan ala kala jengking yang menyaksikan dia berjaya menewaskan penjaga gol lawan, Lukas Hradecky.

Pengulas perlawanan itu membandingkan jaringan yang dilakukan itu dengan Olivier Giroud yang meledak gol buat Arsenal dengan gaya sama ketika menentang Crystal Palace pada 2017 yang menyaksikan dia turut memenangi anugerah Puskas dengan mendapat undian 36 peratus.

Bagaimanapun, pengulas berkenaan berkata gol Lazaro lebih baik berbanding Giroud. - Agensi

 

 

No comments