Breaking News

Pertandingan foto untuk pelajar!

Satu pertandingan fotografi telah di anjurkan oleh Sekolah Teknologi Media dan Seni, Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka. Pertandingan khusus untuk pelajar-pelajar tingkatan lima ini terbuka kepada semua pelajar di seluruh Malaysia. Hadiah-hadiah yang di tawarkan juga agak menarik dimana selain wang tunai, pemenang juga bakal menerima biasiswa pendidikan jika melanjutkan pelajaran pada mana-mana kursus yang di tawarkan oleh Sekolah Teknologi Media dan Seni, Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka. Pertandingan ini mudah untuk disertai, isi borang secara online dan hantar penyertaan anda melalui WhatsApp. TIADA YURAN penyertaan! Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh layari laman web rasmi pertandingan Perantis Seni ini di www.perantis-seni.com Sila viralkan kepada yang lain, mungkin ada kawan-kawan anda, saudara, adik-beradik atau jiran-jiran anda yang berminat untuk menyertainya.

No comments