Breaking News

Musim PKP: Bekerja dari dalam van pun boleh..

 

Van Nissan ini lengkap dengan sebuah ruang pejabat terbina yang dilengkapi kerusi, meja dan komputer. Ruang pejabat ini boleh dikeluarkan dari ruang kargo kenderaan bagi membolehkan pengguna bekerja di ruang terbuka. Proses mengeluarkan pod ini boleh dilakukan menerusi sebuah telefon pintar. Terdapat sistem lampu LED pada bahagian dalam dan lantai untuk menerangi ruangan kargo apabila pintu ditutup.Sistem bidai elektrik juag disertakan untuk membolehkan pekerja melihat keluar untuk terasa seperti berada di ruang yang sempit. Pada bahagian atap terdapat pula ruang rehat untuk santai selepas habisnya waktu pejabat. Kenderaan konsep ini dihasilkan sempena Nissan Customise 2021 yang membayangkan ruang kerja yang kini bebas dari kekangan bangunan pejabat.

1 comment:

  1. The best games for casino players - Dr.MCD
    What games can I play on my cell 거제 출장안마 phone, iPad, or laptop? The best games, 대전광역 출장마사지 also called 순천 출장안마 "casino games", are a 이천 출장샵 series 대전광역 출장샵 of

    ReplyDelete