Breaking News

Budimir Buda Sobat, pecah rekod dunia tahan nafas di bawah permukaan air


 

Zagreb: Seorang lelaki warga Croatia, Budimir Buda Sobat telah mencipta rekod dunia dalam Guinness World Records selepas menahan nafas di bawah permukaan air, selama 24 minit, 33 saat.


Rekod lama dunia juga telah diciptanya sebelum ini dengan catatan masa 24 minit 11 saat.

Oddity Central melaporkan Budimir, 54, melakukan cabaran itu di kolam renang dekat Sisak.

Sebelum bermula, Budimir menyedut oksigen daripada mesin khas untuk meningkatkan tahap oksigen di dalam tubuh badannya dan kemudiannya barulah ia memasukkan muka ke dalam air.

Meskipun kedengaran mustahil, Budimir berjaya melaksanakan cabaran itu setelah bekerja keras dengan latihan dilakukan sejak bertahun-tahun lalu.

Malah, rekod dicipta itu adalah masa sangat lama untuk seseorang berada dalam keadaan statik di bawah permukaan air.

Ia memerlukan persediaan bertahun-tahun untuk melatih tubuh supaya dapat mengepam darah beroksigen pada kadar sangat perlahan ke seluruh tubuh sekali gus mengekalkan tahap oksigen untuk tempoh masa panjang.

Percubaannya tidak sia-sia apabila tersenarai dalam kelompok 10 penyelam statik terbaik di dunia.

No comments