Breaking News

Masukkan Mikrocip Kad Bank Dalam Tangan, Mudah Nak Buat Pembayaran



Seorang lelaki di Britain bernama Arnie Szoke, 40, menjadi lelaki pertama yang menanam mikrocip kad bank di bawah kulit tangannya. Pembedahan kecil tersebut yang dilakukan di Jerman dengan kos sebanyak £350 (RM1,877).

Menurusi laporan dailymail UK, Szoke dibedah bahagian sisi tangannya untuk menempatkan mikrocip kad bank yang berukuran setengah milimeter daripada saiz pin dan dijahit semula dalam masa lima minit sahaja. Menurutnya, penggunaan cip itu memerlukan ilmu dan perlu ditujukan pada kawasan yang betul untuk membuat pembayaran.


Szoke menunjukkan lokasi cip bank ditanam.

Cip yang berada di tangannya itu mempunyai tamat tempoh yang sama seperti kad bank biasa. Oleh yang demikian, apabila ia telah tamat tempoh maka Szoke dikehendaki untuk menukar ke cip yang baru  dalam operasi kedua pada 2029 dengan kos sebanyak £130 (RM696).





Szoke sedang membuat pembayaran



Adakah yang sanggup mengikut caranya? Mungkin anda boleh menjadi orang yang pertama di Malaysia melakukan perkara seperti itu... 


No comments