China Rancang Robot Humanoid Boleh Hamil Pertama DiDunia Menggunakan Rahim Buatan
China, sebuah syarikat teknologi di sana merancang untuk melancarkan robot humanoid hamil pertama di dunia dengan menggunakan rahim buatan. Ia bakal diperkenalkan pada 2026 dengan harga jualan di bawah 100,000 yuan (sekitar RM64,000).Inovasi itu bukan sekadar sebuah inkubator, malah merupakan humanoid bersaiz manusia dengan rahim tiruan di bahagian perutnya.
Robot itu boleh meniru semua proses kehamilan, bermula dengan persenyawaan sehinggalah kepada kelahiran. Teknologi rahim buatan ini berfungsi melalui cecair amnion tiruan dan penghantaran nutrien melalui hos, meniru persekitaran semula jadi kehamilan manusia.Sebelum ini ia menunjukkan hasil memberangsangkan. Pada 2017, penyelidik di Hospital Kanak-Kanak Philadelphia, Amerika Syarikat berjaya membesarkan seekor anak biri-biri pramatang, bersamaan 23 minggu kehamilan manusia di dalam kantung vinil lutsinar berisi cecair amnion tiruan. Dalam tempoh empat minggu, anak biri-biri itu membesar dengan sempurna sehingga tumbuh bulu.
Selain itu, China juga memperkenalkan GEAIR, robot pembiakan berkuasa kecerdasan buatan (AI) pertama dunia. Robot ini mampu bergerak secara autonomi untuk melakukan pendebungaan silang, sekali gus mengurangkan kos, memendekkan kitaran serta meningkatkan keberkesanan. Digabungkan dengan kaedah moden seperti de novo domestication dan speed breeding, GEAIR membentuk sistem pembiakan robotik pintar pertama dunia yang berupaya menghasilkan varieti tanaman berkualiti tinggi dalam masa singkat.
GEAIR telah pun digunakan bagi membangunkan sistem kacang soya jantan mandul, yang dijangka meningkatkan kapasiti pembiakan hibrid dan hasil pertanian China.
Menurut penyelidik, pencapaian ini mewujudkan sistem pembiakan pintar berautonomi penuh, sekali gus membuka lembaran baharu dalam revolusi pertanian berasaskan AI.

No comments