Breaking News

Lelaki Kahwin 7 Wanita Serentak!

 


Di Uganda, viral kisah seorang lelaki yang kahwin serentak dengan 7 wanita sekaligus. Dia dikatakan mengidam untuk memiliki satu keluarga yang besar dengan mempunyai anak yang ramai.

Selain mengundang reaksi negatif warga maya, ramai juga yang kagum dengan kehebatan lelaki itu apabila berjaya 'mengurat' sekali gus memikat hati wanita berkenaan untuk dijadikan isteri.

Bekerja sebagai pakar perubatan tradisional, Habib Nsikonnene, 43 menjemput kesemua isterinya dari salon kecantikan sebelum upacara perkahwinan di Kampung Namasengere, dekat daerah Kamuli. Kemudiannya diarak dengan lebih 40 kereta dan 30 motosikal.

Nama isteri-isterinya diketahui sebagai Aisha, Fatimah, Sharifah, Rashida, Mariam, Saha dan Sinap.

Difahamkan, kesemua pengantin berkenaan berkahwin dalam tempoh satu hari dalam sebuah majlis yang diadakan pada 10 September lalu.

Apabila ditanya, Habib berkata bahawa beliau mengenali semua isterinya secara berasingan dan kemudiannya memutuskan untuk berkahwin dengan mereka sekali gus untuk membentuk sebuah keluarga yang besar.

Bapa kepada pengantin lelaki tersebut turut mendedahkan di Uganda ramai lelaki memiliki isteri yang ramai. Dirinya pernah mengahwini lima wanita, selain datuk pengantin lelaki juga mempunyai isteri ramai iaitu seramai enam orang.

No comments