Breaking News

Jepun: Servis sewa lelaki untuk teman menangis

 


Jepun memperkenalkan perkhidmatan luar biasa yang dikenali sebagai "ikemeso danshi", iaitu gabungan perkataan lelaki tampan (ikemen) dan esakan tangis (mesomeso). Melalui servis ini, wanita yang mengalami tekanan atau emosi terpendam boleh menyewa lelaki tampan untuk menemani mereka menangis dan mengelap air mata dengan lembut.

Lelaki yang disediakan telah dilatih khusus untuk memberikan sokongan emosi dan mewujudkan ruang yang selamat bagi pelanggan melepaskan stres. Konsep ini berasaskan kepercayaan bahawa menangis adalah satu terapi kesihatan mental, dan kehadiran teman yang empati serta sedap dipandang dikatakan mampu mempercepatkan proses kelegaan emosi.

Sumber: Tokyo.explores

No comments