Breaking News

"Die hard fan" pasukan bolasepak Sabah




Isnain Rabaha, seorang cikgu di SK Lahad Datu Sabah boleh dianggap sebagai salah seorang peminat tegar pasukan bolasepak Sabah kerana telah berjaya mengumpul lebih dari 100 helai jersi pasukan tersebut. Ia termasuk jersi lama yang digunakan pada tahun 1979 dulu. 

Antara jersi kesukaannya ialah sebuah jersi yang telah ditanda tangani oleh bekas pemain sensasi Sabah, Matlan Marjan ketika mereka bertemu pada tahun 2017. Jersi keluaran yang lama pula pernah ditawarkan harga sebanyak RM700 tetapi ditolaknya..

 Bersama jersi yang menggunakan bendera lama Sabah

No comments