Breaking News

Penyelamat anjing yang mulia

Di Mexico terdapat seorang lelaki yang sungguh budiman terhadap anjing-anjing yang sakit dan terbiar. Dengan membawa troli, dia telah berjalan sejauh 14,000 km! Perjalanan yang telah mengambil masa 6 tahun telah berjaya menyelamatkan sebanyak 500 ekor anjing setakat ini.

Edgardo Perros, membawa troli dan sentiasa dikelilingi oleh anjing-anjing yang diselamatkannya. Mana-mana anjing yang cedera akan diubatinya dan mana-mana anjing yang nazak, akan ditemaninya sehinggalah anjing-anjing tersebut mati.. sungguh mulianya hati Edgardo Perros.

Kisah aktivinya ini turut dikongsi di laman page, Edgardo SalvaPerros. Sambil itu dia turut menerima sumbangan dari orang ramai melalui akaun Pay Pal nya.
















Edgardo turut menerima sumbangan ramai..






No comments