Breaking News

Dimanakah terletaknya mesin ATM tertinggi di dunia?

Nak tau.. dimana terletaknya mesin juruwang auotomatik (ATM) yang paling tinggi didunia? Haa.. bukan di gunung Everest yer, tapi jawapannya adalah di Karachi, Pakistan. Lokasi mesin ATM dengan altitud tertinggi di dunia ini adalah di Khunjerab Pass, sempadan di kawasan pergunungan antara China dan Pakistan, iaitu pada ketinggian 4,693 meter (m). 



Menurut laporan BBC, mesin yang berfungsi sepenuhnya ini dipasang oleh oleh Bank Negara Pakistan (NBP) pada 2016, dan beroperasi dengan menggunakan tenaga solar dan angin. Ia adalah pemandangan luar biasa untuk dilihat di tempat terpencil seperti Khunjerab Pass, lintasan sempadan berturap tertinggi di dunia.

Pemasangan ATM tertinggi di dunia, yang telah diperakui oleh Rekod Dunia Guinness itu, merupakan satu usaha yang rumit. Ia mengambil masa kira-kira empat bulan untuk diselesaikan. Penyelenggaraan mesin termasuk mengisi semula wang tunai secara tetap juga adalah urusan yang agak sukar. Ini diakuai oleh Zahid Hussain, pengurus cawangan di Sost NBP iaitu bank paling hampir dengan ATM tertinggi di dunia itu kerana bank terdekat dengan mesin ATM berkenaan terletak sejauh 82 kilometer.  



Pihaknya terpaksa mengharungi angin kencang, ribut dan tanah runtuh yang sering berlaku selain perlu menempuhi laluan gunung yang berbahaya untuk memastikan mesin terbabit berfungsi sebaiknya. Namun, lokasi ATM ini yang terletak pada ketinggian 4,693 m dari paras laut dan di kawasan pergunungan, bermakna tidak ramai yang menggunakan mesin berkenaan.


Mesin ATM itu, lazimnya digunakan pengawal sempadan yang mengeluarkan gaji bulanan dan segelintir penduduk tempatan dan beberapa orang yang menyeberangi sempadan. Jurucakap NBP memberitahu BBC, masa antara dua hingga dua setengah jam diperlukan untuk sampai ke mesin ATM tertinggi dunia apabila perlu melakukan penyelenggaraan kecemasan.



No comments