Breaking News

Takut nak sunat, lelaki lari dari rumah dan balik semula 25 tahun kemudian.


Kisah berlaku di Kecamatan Polanharjo, Indonesia. Lelaki berusia 38 tahun yang dilaporkan lari dari rumah gara-gara takut bersunat akhirnya pulang ke rumah baru-baru ini setelah 25 tahun menghilang. Lari dari tahun 1998, tahun 2023 baru kembali ke pangkuan keluarga! Kepulangannya disambut dengan linangan air mata.

Lapor Detik.com, tanpa khabar berita, keluarganya terkejut dengan kemunculan anak mereka itu selepas hampir tiga dekad menghilang.

“Daripada semakan keluarga, lelaki itu hilang ketika dia berada Darjah 1. Dia dikatakan trauma untuk berkhatan,” kata Koordinasi Pekerja Kebajikan Masyarakat Daerah Klaten, Joko Prayitno. Abang lelaki tersebut memberitahu adiknya itu hilang sekitar tahun 1998. Ketika itu dia keluar rumah kerana takut dan enggan berkhatan.

“Awalnya dia nak berkhatan. Bila keluar dia cuma bawa kereta mainan. Mula-mula pada malam sebelumnya dia berani, tapi bila sudah pagi dia menghilang,” kata abangnya. Difahamkan sepanjang kehilangan lelaki itu, keluarganya telah mencuba pelbagai usaha mencari tetapi tetap tidak menemuinya.


Ibunya pengsan setelah anak yang lama menghilang tiba-tiba muncul semula.

No comments