Breaking News

Youtuber "besarkan zakar" ditemui maut separuh bogel





Seorang Youtuber Amerika yang terkenal dengan video “besarkan zakar” ditemui maut dalam keadaan separuh bogel di pangsapurinya.

Menurut laporan New York Post, Laith Abdallah Algaz ditemui maut di sebuah pangsapuri di Pattaya, Thailand pada hujung bulan Januari yang lalu. Laith Abdallah Algaz atay lebih dikenali sebagai Leo Rex ditemui oleh sepasukan polis di biliknya dan dipercayai sudah meninggal dunia sekitar empat jam lepas.

Ketika ditemui, Youtuber berusia 34 tahun itu hanya memakai baju hitam dan berbogel dari bahagian pinggang ke bawah dan berada dalam keadaan tertiarap. Pada masa yang sama, polis melaporkan mangsa mengalami pendarahan hidung dan mulut selain kesan lebam pada mata kiri.

Di samping itu, pakaian Laith turut berselerak di merata tempat. Rak dan tandas di bilik mandi juga kelihatan musnah sewaktu mayatnya ditemui. Laith yang berasal dari Colorado disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan pegawai polis menemui pelbagai jenis ubat-ubatan termasuk pil tidur, steroids, ganja, tablet kecemasan dan ubat antidepresan.

Menurut rakan mangsa, Aicha Humera Rattanapha, Laith tinggal seorang diri di dalam bilik tersebut.Menurut polis, Sombat Kaewmulsulk, pihaknya sedang memeriksa rakaman kamera litar tertutup dan bakal menjalankan siasatan terhadap beberapa orang suspek.


No comments