Breaking News

Wanita tertinggal mykad didalam peti undi! PRN2023

Gambar hiasan


Ketika mengundi didalam pilihan raya negeri 2023, seorang wanita warga emas yang berusia 80 tahun telah tertinggal mykadnya didalam peti kertas undi. Peristiwa ini berlaku sekitar pukul 3 petang di SJK(C) Chung Hwa 1, Butterworth seperti mana yang telah dilaporkan oleh sinchew.com.

Kejadian berlaku kerana wanita tersebut telah melipat kertas undi beserta dengan mukadnya sekali. Kemudian kertas undi tersebut dimasukkan kedalam peti undi. Namun, malang bagi wanita tersebut kerana ia tidak dapat menuntut mykadnya semula pada waktu itu. Ini kerana, mengikut peraturan, peti undi hanya boleh dibuka apabila proses pengiraan hendak dijalankan.

Maka terpaksalah wanita tersebut menunggu sampai petang apabila peti undi hendak dibuka bagi menjalankan proses pengiraan undi!

No comments