Breaking News

10 pantai paling cantik di bumi

Keindahan dan kecantikan itu adalah sesuatu yang subjektif. Lain orang mungkin lain pandangannya. Namun secara umumnya terdapat 10 pantai yang boleh dianggap sebagai antara pantai yang paling menarik di dunia ini.Pantai-pantai tersebut adalah seperti..


Source d’Argent – Seychelles

Diantara 115 pulau yang membentuk Seychelles, terdapat satu pantai berwarna pink yang amat sepadan dengan warna biru air laut yang indah. Di sini, anda terasa bagaikan di dunia fantasi. Sudah banyak kali ia dinobatkan sebagai pantai tercantik di dunia


Glass Beach – USA



keindahan pantai yang terhasil dari bahan buangan yang dibuang pada abad ke 20. Pantai ini dipenuhi dengan cebisan kaca dan porselin. Ia telah dikikis oleh air laut sehingga licin dan tertolak ke pantai. Ia mungkin nampak pelik pada mulanya, namun ia agak menarik untuk dilihat dan dihayati. 


Playa del Amor – Mexico



Juga dikenali sebagai pantai tersembunyi, Playa De Amor terletak di satu kawasan yang dahulunya digunakan untuk menguji senjata perang. Pantai ini terletak di dalam gaung yang terbentuk akibat daripada impak letupan bom.

Aktiviti berenang di sini agak berbahaya. Ini kerana adanya batu dan ombak kuat tetapi ia sememangnya satu tempat yang cantik untuk relaks. Malah, anda juga boleh melihat ikan paus di sini..


Greenfield Beach – Australia



Greenfield Beach yang terletak hanya beberapa jam dari Bondi Beach yang sangat popular di Sydney, tetapi pantai ini juga masih tetap dikenali sehampir dengan populariti Hyams Beach. Namun, tak ramai yang tahu tentang kewujudan pantai Greenfield ini.

Keadaan pantai di sini sangat putih sehingga menyilaukan mata. Oleh itu anda dinasihatkan  membawa cermin mata hitam. Untuk tiba disini, anda mulanya akan melalui hutan pokok eukaliptus dan tiba-tiba akan muncul di pantai yang serba memutih ini. Ia satu pengalaman yang menakjubkan!


 Praia da Salema – Portugal



Pantai yang terletak di bahagian barat Algarve. Selain kecantikannya, ia juga tersimpannya satu permata pra sejarah yang sangat unik.

Ia bukan sahaja disebabkan oleh pantai yang serba putih dan laut membiru, tetapi juga disebabkan oleh jejak kaki dinasour yang dikatakan masih ada di permukaan batu kapur di sini. 


Cala Gonone – Sardinie





Antara perkara paling sukar untuk dilakukan ketika mencari pantai tercantik di Sardinie ialah mencari pantai yang tidak akan menelan belanja yang besar. Dan itulah yang Pantai Cala Gonone tawarkan kepada anda.

Ini agak luar biasa kerana pantai ini terletak di kejiranan yang mewah dan mahal. Pantai Cala Gonore mempunyai pasir pantai yang memutih dengan batu-batu kecil yang cantik. Ia amat sepadan dengan warna air laut yang membiru dan tenang, sesuai untuk aktiviti berenang dan snorkeling. Anda juga boleh menerokai gua yang ada di sini.


Sunj – Croatia



Sukar mencari pantai yang berpasir di croatia kerana kebanyakkan pantai di sini ialah berbatu. Nasib baik ada Sunj, iaitu salah satu pantai berpasir yang ada di sini. Ia selamat untuk berenang di sini kerana airnya tidak dalam. Ada pelbagai aktiviti pantai di sini dan  bagi mereka yang suka hiking pula boleh menerokai kehijauan hutan yang mengeliling pantai tersebut.



Ramla l-Hamza Gozo – Malta


Pepasir pantai yang berwarna sedikit keperangan merupakan keunikan pantai ini. Apabila ia bergabung dengan deruan ombak laut yang membiru, ia memberikan pemandangan yang menakjubkan.

Air laut di sini merupakan antara air yang paling jernih di kawasan Mediterranean. Jadi, jangan terlepas untuk snorkel dan menikmati pemandangan bawah laut. Kawasan ini mungkin kekurangan kemudahan tandas dan tempat mandi, tetapi pemandangannya membuatkan ia berbaloi untuk dilawati.


Praia da Fortaleza – Brazil




Mungkin agak sukar untuk datang ke sini kerana pantai yang terpencil ini terletak di pulau yang tiada kenderaan. Tetapi agak berbaloi walaupun ada sedikit cabaran pengangkutan. Pemandangan pantai membuatkannya berbaloi untuk dikunjungi. Pantai ini sesuai untuk pelbagai aktiviti seperti surfing, berenang dan hiking. Malah terdapat juga kubu laut yang terletak tidak jauh sekiranya anda berjalan kaki dan menerokai kawasan ini.


Amanohashidate – Jepun


Kyoto merupakan sebuah bandar yang mempunyai banyak tokong suci. Dikatakan bahawa terdapat sebuah pantai di sini yang menjadi jambatan penyambung ke syurga.

Terdapat tebing pasir sejauh dua batu yang dipenuhi dengan pokok nenas di sini. Anda boleh melalui jalan yang sering dilalui pengunjung lain atau melencong dan menemui pantai terpencil dan menikmati waktu sunyi anda sendiri. Anda akan berasa seperti pantai itu milik anda. Kedua-dua ini akan memberikan pemandangan yang indah kepada anda.

No comments