Breaking News

Inil tukang sapu paling cantik agaknya..



Seorang pengutip sampah di Thailand menjadi perhatian ramai gara-gara dia kelihatan cantik kerana memakai mekap semasa bekerja. Walaupun berdepan dengan bau busuk serta persekitaran kotor sebelum menjalankan proses pembersihan, namun ia bukan satu masalah baginya. 

Wanita yang dikenali sebagai Pattaramon Thocharoen itu menjadi tular di media sosial kerana digelar sebagai tukang sapu  sampah yang paling cantik di negara berkenaan.

Menurut Pattaramon atau lebih mesra dipanggil Bow, dia memakai mekap ketika bekerja sebagai penyapu sampah di jalan untuk kepuasan diri sendiri. Jelas wanita itu lagi, ibunya juga merupakan seorang tukang sapu di jalan dan ayahnya pula seorang pemandu lori sampah.




Wanita itu memaklumkan bahawa dia memperoleh sekitar 12,000 Thai Baht (RM1,590) setiap bulan hasil daripada bekerja sebagai penyapu sampah di jalan.Walau bagaimanapun, dia turut memperoleh pendapatan sampingan di TikTok sehingga mencecah 50,000 Thai Baht (RM6,622.74) menerusi penglibatan di media sosial seperti review jenama dan jualan produk tempatan.

No comments