Breaking News

Konduktor bas pengsan kerana bau durian di bawa penumpang

 



Baru-baru ini, seorang konduktor bas awam di Thailand telah dilaporkan tidak sedarkan diri kerana terhidu bau durian yang kuat. Ini kerana salah seorang penumpang bas tersebut telah membawa buah durian ke dalam bas. Dalam foto yang tular, kelihatan konduktor bas itu sedang berbaring di atas tempat duduk penumpang dalam keadaan pitam dan dikelilingi oleh penumpang lain yang turut berada di dalam bas berkenaan. Wanita yang dikenali sebagai Kussama Srisong menerusi perkongsiannya di Facebook pada 8 September lalu telah menjelaskan bahawa dia mempunyai alahan terhadap buah berduri itu.

Alahan terhadap buah durian ini memang wujud walaupun ianya jarang berlaku. Disebabkan insiden tidak diduga ini, kesemua penumpang bas mengalami kelewatan ke tempat destinasi yang dituju.

Sebelum ini, konduktor tersebut telahpun menegur dengan baik dan menyuruh individu yang membawa durian itu keluar. Namun, bau durian yang dipercayai sangat kuat menyebabkannya mengalami kesesakan di dada hingga mengakibatkannya sukar untuk bernafas dengan betul sebelum dilihat tidak sedar diri. 

Di Thailand, adalah dilarang untuk membawa buah durian masuk ke mana-mana pengangkutan awam yang ada.

No comments